Selamat datang ke
Tualang, Kedah Darul Aman


LATAR BELAKANG

Mukim Tualang adalah merupakan salah sebuah daripada 34 buah mukim yang terdapat di dalam pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar. Ia juga merupakan salah sebuah daripada 6 buah mukim yang terdapat di dalam pentadbiran Pejabat Tanah Pokok Sena. Mukim Tualang bersempadan dengan Mukim Jabi di utara, Mukim Lesong di timur, Mukim Tajar di barat dan selatan.

Tualang mendapat namanya dari sebatang pokok besar yang terdapat di tengah-tengah perkampungan sewaktu mula-mula diteroka lebih kurang 100 tahun yang lalu. Tempat di mana wujudnya pokok Tualang ini adalah dikatakan terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tualang sekarang ini.

Sejarah

Sultan Syarif Syah Cau Pija Sri Thammarat ialah Raja Ligor terakhir yang datang ke Kedah dan bersemanyam di Istana Kota Mengkuang, Jitra, Kedah. Baginda juga bergelar Ram Di Cho atau Hulubalang Besar Negeri Siam. Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda telah dibunuh di Kota Mengkuang dimakamkan di kg. Tualang. Turut terbunuh ialah Tunku Long Putra ibni Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dan ramai lagi kaum kerabat baginda.
 
Sejarah Makam Lama Tualang
 
Empayar Islam Benua Siam Kedah
 
Sejarah Kedah (Wikipedia)
 
Sejarah Melayu (History Of Malay Peninsula)
 
Sejarah kegemilangan orang islam kedah telah digelapkan oleh penjajah barat dan orientalis dengan sengaja supaya tidak diketahui oleh generasi kemudian dan terus dilupakan. Kita sebagai generasi baru patut mengambil berat akan sejarah nenek moyang kita sebagai inspirasi untuk membina negara dimasa depan.
 
Ikhlas dari saya : sakan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau cadangan mengenai Laman ini,
sila e-mail azubir99@gmail.com
Kemaskini terakhir : 02 December 2011