Selamat datang ke
Tualang, Kedah Darul Aman

LATAR BELAKANG

Mukim Tualang adalah merupakan salah sebuah daripada 34 buah mukim yang terdapat di dalam pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar. Ia juga merupakan salah sebuah daripada 6 buah mukim yang terdapat di dalam pentadbiran Pejabat Tanah Pokok Sena. Mukim Tualang bersempadan dengan Mukim Jabi di utara, Mukim Lesong di timur, Mukim Tajar di barat dan selatan.

Tualang mendapat namanya dari sebatang pokok besar yang terdapat di tengah-tengah perkampungan sewaktu mula-mula diteroka lebih kurang 100 tahun yang lalu. Tempat di mana wujudnya pokok Tualang ini adalah dikatakan terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tualang sekarang ini.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau cadangan mengenai Laman ini,
sila e-mail
Zakaria Mansor

Kemaskini terakhir 02/02/2002